PENGENALAN SURAU AL-FURQAN
Surau merupakan syiar islam terpenting bagi setiap tempat khususnya di sekolah. Pembinaannya bukan sekadar sebagai tempat untuk melaksanakan ibadat solat semata – mata sama ada tetapi surau berfungsi sebagai tempat pusat kegiatan Pendidikan Islam di sekolah. Selain menjadi tempat untuk melaksanakan ibadat wajib dan sunat , surau juga berfungsi sebagai pusat ilmu bagi memantapkan lagi pengetahuan dan pemahaman yang benar mengenai agama Islam.
Sehubungan itu, Surau Al-Furqan SMK Kuhara Tawau kini telah mengorak langkah satu pasukan dengan menyusun pelbagai program dan aktiviti sesuai dengan misi, visi dan matlamat surau Al-Furqan bagi memastikan pelajar cemerlang dunia dan akhirat. Program seperti program membudayakan al-quran, solat berjemaah, qiamulail, ceramah, tazkirah, kursus ibadah dan pelbagai lagi aktiviti keagamaan, kebanyakannya dilaksanakan di surau bagi memakmurkan serta menghidupkan suasana di surau.
Subscribe to:
Posts (Atom)
No comments:
Post a Comment