Monday, October 13, 2014

MAJLIS MOHON RESTU & SOLAT HAJAT PT3 2014

Pada 9 Oktober 2014, telah diadakan Majlis Mohon Restu, Solat Hajat dan Bacaan Yassin untuk pelajar yang akan menduduki PT3. Ibu bapa / penjaga pelajar tingkatan 3 dijemput hadir bersama-sama pelajar dan guru untuk solat hajat bersama bagi memohon restu dan dipermudahkan untuk menjawab peperiksaan yang bakal menjelang. Semoga pelajar tingkatan 3 memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan Pentaaksiran Tingkatan 3 (PT3).




Sunday, October 12, 2014

IBADAH KORBAN DAN AQIQAH DI SURAU AL-FURQAN

Sempena sambutan Hari Raya Aidil Adha, Surau Al-Furqan telah dijadikan lokasi bagi Majlis Korban dan Aqiqah peringkat SMK Kuhara Tawau yang dianjurkan oleh Kelab Staf SMK Kuhara pada 6 Oktober 2014. Semoga majlis Korban dan Aqiqah akan diteruskan pada tahun hadapan kerana selain mendapat pahala, majlis sepert ini juga dapat mengeratkan hubungan silatulrahim antara warga SMK Kuhara.